Entry kali ni sempena tajuk gambar (sebab dah tak tau nak letak tajuk apa..huhu)
Tersebutlah kisah gadis berwarna merah, (bukan Red Riding Hood). Gadis ini merupakan pengembala biri-biri. Dia selalu bawa biri-biri kesayangan ini makan kat satu padang.
Satu hari, gadis ini menjerit, "Tolong! Tolong! Biri-biri saya!!". Semua orang kampung berlari ke arah gadis. "Kenapa?",tanya orang kampung. "Tolong, biri-biri saya makan rumput", kata si gadis sambil mentertawakan orang kampung. Semua orang kampung marah dan balik.
Keesokan hari nya, gadis menjerit lagi, "Tolong! Tolong!". Beberapa orang kampung berlari ke arahnya. "Kenapa?", tanya orang kampung. "Takde pape", ujar gadis sambil ketawa lagi. Semua orang kampung marah dan rasa benci dengan gadis. " Jangan harap kitorang nak layan lagi lepas ni!", cakap mereka.
Tiba-tiba...si gadis ternampak 2 gergasi merah hitam.......
"Tolong! Tolong! Ladybug Gergasi!!", jerit gadis. Takde orang yang datang , sebab semua dah menyampah. Dua ekor Ladybug gergasi pun melahap biri-biri si gadis dengan rakus. Si gadis cuba berlari sambil mintak tolong sebab ladybug gergasi nak makan gadis pulak. Takde orang kampung yang nak tolong. Gadis berlari sambil jerit lagi meminta tolong.
Muncullah..........................
Encik Smurf yang hensem datang menyelamatkan gadis. Dua ekor ladybug gergasi berjaya dibunuh oleh Encik Smurf yang kecik. Yeay.
-The End-
*Kisah rekaan semata-mata. Sori tiada hepi ending seperti akhirnya mereka kahwin dan hidup bahagia. Sebab mereka masing-masing tidak mahu anak yang berwarna ungu. Sekian.
No comments:
Post a Comment