Tuesday 23 July 2013

Jom Shopping ~ Namisya Hijab Raya Sale!!!

Korang dah shopping tudung untuk raya? dah cukup baju raya?
Sekarang ni Namisya Hijab tengah buat jualan sempena raya..Yeay!!
Apa yang menarik???
 
Camne, murah tak???
Shawl Adelia ialah shawl instant, gabungan inner soft awning yang dijahit sekali dengan shawl..memang mudah nak pakai ^_^
Shawl Sakura ialah shawl halfmoon yang dihias manik pada bahagian kepala..sesuai sangat untuk raya, meriah gitu >_<
Tudung Almira pula ialah tudung chiffon 2 layer dengan hard awning..Siap dengan brooch lagi untuk menyerlahkan diri anda sempena raya ni 0_<
 
Lagipun, kalau korang beli 2 helai je, dah boleh dapat tudung free lagi dari album Clearance
Untung kan???
 
Selain tu, Namisya Hijab juga ada buat promosi clearance untuk peplum blouse
Harga asal ni ialah Rm43.00..
Clearance memang murah je, jadi Rm28.00 sehelai..
Kualiti kain memang baik sebab ni cotton blend, tak nipis
Korang boleh padankan blouse ni dengan skirt dan Shawl Sakura, macam model bawah ni;
 
Untuk maklumat lanjut, korang pegi ke page FB Namisya Hijab ye !!!
 


Wednesday 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434H

Wordless Wednesday :)

Tuesday 9 July 2013

Lucky Giveaway By Jaja

Siapa nak join, klik banner ni ye :)


2013 Giveaway from Farra Izzaty

 
 
Siapa nak join, boleh klik banner kat atas ye :)
Giveaway ni mula pada 8/7/2013-20/7/2013


Monday 24 June 2013

Jerebu Oh Jerebu

Dah lebih sebulan tak update blog ni..yup kemalasan sungguh >_<
Sekarang tengah musim jerebu..sangat lemas dengan bau asap..harini indeks API untuk Pelabuhan Klang dah cecah 288 and Petaling Jaya 193..memang la lemas dengan bau asap..pemandangan pun kuning kelabu asap je :(
Btw, korang boleh check langkah-langkah menghadapi jerebu ni;
 
 
Nanti nak share dengan korang cara dapatkan pendapatan pasif untuk orang yang malas macam saya ni. Sementara tu, korang boleh usha dulu iklan kat bawah ni;
 



p/s: felt acrylic, starter kit, button, supplies semua ada lagi..kalau nak beli, boleh isi order form atau pm kat fb terus ye :)

Wednesday 22 May 2013

Mega GiveAway By Adam Faiz

Join GA lagi..
 
 
Tarikh tutup: 25/5/2013

Friday 19 April 2013

Pemenang Craft Crumb Shop 1st GA ~

Ok, keputusan untuk Craft Crumb Shop 1st GA telah dibuat....
Dah umumkan di FB Craft Crumb Shop semalam..hehe

 Pemenangnya ialahhhh................

Tahniah!!
Sila pm alamat dan no telefon ye :)

Untuk yang tak berjaya, boleh cuba lagi lepas-lepas ni ye. Thanks semua !!

Tuesday 16 April 2013

Happy Birthday Asma !!!

Siapa Asma?? (bukan saya tau)
Asma ni owner Asma Felt Box
Saya suka baca blog Asma sebab dia suka merepek dan melalut ^__^
Hari ni ialah hari ulangtahun kelahiran Asma yang ke.......(tutt..rahsia)
Kek yang comel ni khas untuk Asma
(gambar dari Google..hehe)
 
Lagu ni khas untuk Asma ;
"ALLAH Selamatkan kamu
ALLAH Selamatkan kamu
ALLAH Selamatkan Asma :)
ALLAH Selamatkan kamu"
 
HAPPY BIRTHDAY ASMA!!
Semoga Asma berjaya di dunia dan akhirat :)
 


Monday 15 April 2013

Craft Crumb Shop 1st Giveaway ~

 
Jom join Craft Crumb Shop 1st Giveaway!!

Syarat-syarat:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
2. Anda hanya perlu klik 'LIKE' page Craft Crumb Shop

** Peluang untuk tambah kemenangan anda;
- Share banner giveaway ini di facebook anda dan setkan setting kepada public supaya orang lain pun berpeluang untuk join GA ni.
- Jadi follower Craft Crumb untuk tambah satu lagi peluang.
- Jadi follower Craft Crumb Shop untuk tambah satu lagi peluang juga.
- Share banner beserta link post ini untuk penambahan 1 lagi peluang!!!
 
(Maknanya, jika anda buat semua ni, anda akan dapat 5 peluang untuk menang!!)

Tarikh tutup: 15 April 2013

 Pemenang anda dipilih secara rawak :)
Good Luck!!


Friday 5 April 2013

Felt Acrylic In Da House! ~

 
Salam semua :)
Update untuk hari ni ialah saya dah dapat Felt Acrylic!!
Memang lembut, sesuai untuk semua projek kraf felt.
 
Buat masa ni, cuma ada 15 warna, macam dalam gambar tu..masih dalam proses memotong lagi. Felt ni saya beli semeter-semeter, tapi bila ukur balik ada yg tak cukup 100cm. So, bila potong 1/16, dapat lebih kurang 24cm x 23cm untuk setiap keping.
 
Nanti saya akan update kod untuk warna.
Sesiapa yang nak tempah, harga sekeping ialah Rm1.60 boleh pilih nak warna apa.
Kalau nak beli 1 set (15 warna), lagi jimat, hanya Rm22.00 sahaja
 
Untuk tempahan, boleh isi order form atau pm di FB Craft Crumb Shop terus ye!
Happy Shopping!!


Sunday 17 March 2013

GA BlogRimbun~

Saya join GA lagi..hehe..
Kali ni dari Blog Rimbun..

Hadiah ada 2 pilihan;
 
atau;
 
 
 
Sape nak join, boleh klik sini 
 http://blogrimbun.blogspot.com/2013/03/giveaway-giveawayyyy.html
 

Friday 15 March 2013

Lin Handmade Greetings Card Mac 2013 GA~

 
GA dari Lin Handmade Greetings Card untuk Mac 2013 pulak..
Jom join :)

Tuesday 12 March 2013

Friday 1 March 2013

I'm Loving It~

Tak reti dah nak bagi tajuk..ni tempahan yang dah disiapkan bulan lepas..yup, bulan lepas tapi baru upload..huhu..
Dimulakan dengan miniature keychain, burger, air cap M dan fries cap M..hoho
I'm Loving It~
 
Burger, air dan kentang cap M, memang enak dimakan bersama kura-kura biru leher panjang berkaki 4..eh?? (memang kura-kura kaki 4 kannn..)

Burger, air dan kentang cap M, memang enak dimakan bersama kura-kura biru leher panjang berkaki 4..dihiasi dengan pelangi indah yang muncul semasa hujan gerimis ^_^

 
Burger, air dan kentang cap M, memang enak dimakan bersama kura-kura biru leher panjang berkaki 4..dihiasi dengan pelangi indah yang muncul semasa hujan gerimis, sedang langit dihiasi 5 bintang..eh boleh ke pelangi dan bintang muncul sama waktu??huhu
 

Sedikit info,
Buat masa ni, tempahan masih lagi ditutup sebab banyak pending order..Perlukan mood dan kerajinan untuk buat..hehe

Saturday 9 February 2013

Felt Keychain & Hp Charm Lagi~

Malas nak fikir tajuk sebenarnya..hehe..
Tak terase nak merepek pulak. Ofis pun hari ni sunyi je. Ramai dah cuti sempena Chinese New Year.
So, Happy Chinese New Year!! (yeay, cuti!!!!)
 
Ok, harini korang tengok gambar jela ye..keychain ni semua dah lama buat, da bagi dekat owner pun..cuma baru nak upload gambar ^_^
 
Geng Kembar Pooh bersama Mickey Mouse & Ultraman
 
Keychain bentuk rumah dan ............. (teka la sendiri..hehe)
 
Ni semua penyangkut handphone..
Ada rama-rama, strawberi comel, jersi MU dan pensel
 
Keychain Smurf, Upin, Bear dan Kura-kura
 
Bila tengok-tengok balik kan, rasa cam peliknya rupa Upin ni. Saya memang fail sungguh kalau buat keychain rupa orang T_T
 


Friday 8 February 2013

Lin Handmade Greetings Card February 2013 GA~

Dah lama rasanya tak join giveaway. So, harini rasa nak join pulak.
GA ni dari Lin Handmade Greetings Card.
Siapa yang nak join jugak giveaway ni, boleh klik gambar ye :)
 


Wednesday 23 January 2013

One Happy Family At Home (or Zoo??) ~

Keluarga bahagia ^__^
Saya kumpulkan semua binatang ni selonggok. Bayangkan mereka gembira dalam zoo..hoho..
Ditempah oleh seseorang, ada nama kat belakang keychain ni..
Terhasillah kucing Garfield, Siput, Kura-kura, Singa, Rama-rama, Ladybug, Panda, Biri-biri, Ikan, Pepatung dan Arnab..Masing-masing tentu dah bahagia dengan tuan mereka sebab keychain ni dah siap sangat lama, iaitu Jun 2012..(lambat upload sebab busy la konon..hehe)
 

 
Dan tak dilupakan, Giant Bear..tapi Giant Bear ni tak ganas, walaupun giant, tapi takkan makan dorang yang bahagia kat atas ni..
Saya pun tak ingat Giant Bear ni besar mana, rasanya takdela gergasi sangat, mungkin sejengkal kot tingginya..lupa nak ukur brape cm..

 
 


Tuesday 22 January 2013

Gadis Pengembala Biri-Biri, Sepasang Ladybug & Smurf~

Entry kali ni sempena tajuk gambar (sebab dah tak tau nak letak tajuk apa..huhu)

 
 
Tersebutlah kisah gadis berwarna merah, (bukan Red Riding Hood). Gadis ini merupakan pengembala biri-biri. Dia selalu bawa biri-biri kesayangan ini makan kat satu padang. 
 
Satu hari, gadis ini menjerit, "Tolong! Tolong! Biri-biri saya!!". Semua orang kampung berlari ke arah gadis. "Kenapa?",tanya orang kampung. "Tolong, biri-biri saya makan rumput", kata si gadis sambil mentertawakan orang kampung. Semua orang kampung marah dan balik.
 
Keesokan hari nya, gadis menjerit lagi, "Tolong! Tolong!". Beberapa orang kampung berlari ke arahnya. "Kenapa?", tanya orang kampung. "Takde pape", ujar gadis sambil ketawa lagi. Semua orang kampung marah dan rasa benci dengan gadis. " Jangan harap kitorang nak layan lagi lepas ni!", cakap mereka.
 
Tiba-tiba...si gadis ternampak 2 gergasi merah hitam.......

 
 
"Tolong! Tolong! Ladybug Gergasi!!", jerit gadis. Takde orang yang datang , sebab semua dah menyampah. Dua ekor Ladybug gergasi pun melahap biri-biri si gadis dengan rakus. Si gadis cuba berlari sambil mintak tolong sebab ladybug gergasi nak makan gadis pulak. Takde orang kampung yang nak tolong. Gadis berlari sambil jerit lagi meminta tolong.
 
Muncullah..........................
 
Encik Smurf yang hensem datang menyelamatkan gadis. Dua ekor ladybug gergasi berjaya dibunuh oleh Encik Smurf yang kecik. Yeay.
-The End-
 
*Kisah rekaan semata-mata. Sori tiada hepi ending seperti akhirnya mereka kahwin dan hidup bahagia. Sebab mereka masing-masing tidak mahu anak yang berwarna ungu. Sekian.


Monday 21 January 2013

Gambar Yang Disimpan Lama ~

Bersesuaian dengan tajuk di atas...hehe..
Sebenarnya gambar ni dah lame, ada keychain dan bookmark. Dah lama sangat kot siap. Kalau ikut tarikh kamera masa ambil gambar ni, bulan Jun 2012. Bertangguh-tangguh nak upload. Ingat malas nak upload, tapi macam tak fair pulak kat tukang order.
So, inilah dia, setelah 6 bulan, baru upload.haha
 
 
Okai..
Ada 4 keychain, satu zombie yang dalam game Plant VS Zombie tu..satu keychain kucing hitam, satu keychain domo dan satu lagi keychain rumah tapi tulis nama sekolah.hehe..MITST tu nama sekolah Opie---Maahad Integrasi............................... okai tak ingat TST tu stand for apa, Tahfiz Sains Teknologi kot..hehe.tak ingat.SORI ^__^
Then ada penanda buku berbentuk buku hakmilik Najwa (",)
 
Eh pernah dengar tak orang cakap kucing hitam ada maksud?macam ada kaitan dengan ilmu hitam kot.sebab kucing witch semua kaler hitam.macam Sabrina Teenage Witch tu..huhu


Wednesday 16 January 2013

Item Baru Dalam Kedai ~

Salam semua..
Berkenaan dengan tajuk kat atas, saya baru update item baru masuk kedai..yeay!
Sebenarnya item ni dah lama ada, tapi baru nak upload..teruk kan..hehe
Ok, taknak tulis banyak, jom tengok item baru tu....
 

Keychain sebesar 10 sen
 
Mata bulat 8mm
 
Penyangkut handphone
 
Butang bulat colorful 4 lubang
 
Ni la 4 item baru dalam kedai..nak tau detail dan harga, boleh klik katalog produk kat sebelah ni -->
atau pergi terus ke Craft Crumb Shop :)
 
Sambil upload item baru tadi, saya jalan-jalan tengok post-post lama, baru sedar dah macam-macam watermark saya guna. Untuk pengetahuan korang, mungkin ada yang pelik kenapa ada 3 nama watermark - Kinkiut Side, Me Krafmode dan Craft Crumb ni..so saya explain ye, mula-mula dulu saya guna nama Kinkiut Side..agak lama jugak..pastu saya terfikir nak register perniagaan. So, saya nak ubah nama. Then terwujud lah Me Krafmode sekejap. Bila saya fikir-fikir balik, nak tukar jadi Craft Crumb..hehe
 
Jadi, saya pun dah daftar under nama Craft Crumb. Lepas ni takde tukar-tukar nama dah ^__^
 
 


Wednesday 2 January 2013

Selamat Tahun 2013 !!

 
Walaupun hari ni dah hari kedua untuk tahun 2013, tapi masih kira tahun baru lagi kan..
Semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya :)
 
dari bulan lepas plan nak buat GA, tapi masih belum dapat buat lagi :(
korang tunggu, nanti saya update ye