Wednesday 23 January 2013

One Happy Family At Home (or Zoo??) ~

Keluarga bahagia ^__^
Saya kumpulkan semua binatang ni selonggok. Bayangkan mereka gembira dalam zoo..hoho..
Ditempah oleh seseorang, ada nama kat belakang keychain ni..
Terhasillah kucing Garfield, Siput, Kura-kura, Singa, Rama-rama, Ladybug, Panda, Biri-biri, Ikan, Pepatung dan Arnab..Masing-masing tentu dah bahagia dengan tuan mereka sebab keychain ni dah siap sangat lama, iaitu Jun 2012..(lambat upload sebab busy la konon..hehe)
 

 
Dan tak dilupakan, Giant Bear..tapi Giant Bear ni tak ganas, walaupun giant, tapi takkan makan dorang yang bahagia kat atas ni..
Saya pun tak ingat Giant Bear ni besar mana, rasanya takdela gergasi sangat, mungkin sejengkal kot tingginya..lupa nak ukur brape cm..

 
 


Tuesday 22 January 2013

Gadis Pengembala Biri-Biri, Sepasang Ladybug & Smurf~

Entry kali ni sempena tajuk gambar (sebab dah tak tau nak letak tajuk apa..huhu)

 
 
Tersebutlah kisah gadis berwarna merah, (bukan Red Riding Hood). Gadis ini merupakan pengembala biri-biri. Dia selalu bawa biri-biri kesayangan ini makan kat satu padang. 
 
Satu hari, gadis ini menjerit, "Tolong! Tolong! Biri-biri saya!!". Semua orang kampung berlari ke arah gadis. "Kenapa?",tanya orang kampung. "Tolong, biri-biri saya makan rumput", kata si gadis sambil mentertawakan orang kampung. Semua orang kampung marah dan balik.
 
Keesokan hari nya, gadis menjerit lagi, "Tolong! Tolong!". Beberapa orang kampung berlari ke arahnya. "Kenapa?", tanya orang kampung. "Takde pape", ujar gadis sambil ketawa lagi. Semua orang kampung marah dan rasa benci dengan gadis. " Jangan harap kitorang nak layan lagi lepas ni!", cakap mereka.
 
Tiba-tiba...si gadis ternampak 2 gergasi merah hitam.......

 
 
"Tolong! Tolong! Ladybug Gergasi!!", jerit gadis. Takde orang yang datang , sebab semua dah menyampah. Dua ekor Ladybug gergasi pun melahap biri-biri si gadis dengan rakus. Si gadis cuba berlari sambil mintak tolong sebab ladybug gergasi nak makan gadis pulak. Takde orang kampung yang nak tolong. Gadis berlari sambil jerit lagi meminta tolong.
 
Muncullah..........................
 
Encik Smurf yang hensem datang menyelamatkan gadis. Dua ekor ladybug gergasi berjaya dibunuh oleh Encik Smurf yang kecik. Yeay.
-The End-
 
*Kisah rekaan semata-mata. Sori tiada hepi ending seperti akhirnya mereka kahwin dan hidup bahagia. Sebab mereka masing-masing tidak mahu anak yang berwarna ungu. Sekian.


Monday 21 January 2013

Gambar Yang Disimpan Lama ~

Bersesuaian dengan tajuk di atas...hehe..
Sebenarnya gambar ni dah lame, ada keychain dan bookmark. Dah lama sangat kot siap. Kalau ikut tarikh kamera masa ambil gambar ni, bulan Jun 2012. Bertangguh-tangguh nak upload. Ingat malas nak upload, tapi macam tak fair pulak kat tukang order.
So, inilah dia, setelah 6 bulan, baru upload.haha
 
 
Okai..
Ada 4 keychain, satu zombie yang dalam game Plant VS Zombie tu..satu keychain kucing hitam, satu keychain domo dan satu lagi keychain rumah tapi tulis nama sekolah.hehe..MITST tu nama sekolah Opie---Maahad Integrasi............................... okai tak ingat TST tu stand for apa, Tahfiz Sains Teknologi kot..hehe.tak ingat.SORI ^__^
Then ada penanda buku berbentuk buku hakmilik Najwa (",)
 
Eh pernah dengar tak orang cakap kucing hitam ada maksud?macam ada kaitan dengan ilmu hitam kot.sebab kucing witch semua kaler hitam.macam Sabrina Teenage Witch tu..huhu


Wednesday 16 January 2013

Item Baru Dalam Kedai ~

Salam semua..
Berkenaan dengan tajuk kat atas, saya baru update item baru masuk kedai..yeay!
Sebenarnya item ni dah lama ada, tapi baru nak upload..teruk kan..hehe
Ok, taknak tulis banyak, jom tengok item baru tu....
 

Keychain sebesar 10 sen
 
Mata bulat 8mm
 
Penyangkut handphone
 
Butang bulat colorful 4 lubang
 
Ni la 4 item baru dalam kedai..nak tau detail dan harga, boleh klik katalog produk kat sebelah ni -->
atau pergi terus ke Craft Crumb Shop :)
 
Sambil upload item baru tadi, saya jalan-jalan tengok post-post lama, baru sedar dah macam-macam watermark saya guna. Untuk pengetahuan korang, mungkin ada yang pelik kenapa ada 3 nama watermark - Kinkiut Side, Me Krafmode dan Craft Crumb ni..so saya explain ye, mula-mula dulu saya guna nama Kinkiut Side..agak lama jugak..pastu saya terfikir nak register perniagaan. So, saya nak ubah nama. Then terwujud lah Me Krafmode sekejap. Bila saya fikir-fikir balik, nak tukar jadi Craft Crumb..hehe
 
Jadi, saya pun dah daftar under nama Craft Crumb. Lepas ni takde tukar-tukar nama dah ^__^
 
 


Wednesday 2 January 2013

Selamat Tahun 2013 !!

 
Walaupun hari ni dah hari kedua untuk tahun 2013, tapi masih kira tahun baru lagi kan..
Semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya :)
 
dari bulan lepas plan nak buat GA, tapi masih belum dapat buat lagi :(
korang tunggu, nanti saya update ye