Thursday, 20 December 2012

Here It Comes..Craft Crumb :)

Hari ni saya buat keputusan nak tukar nama blog.. Kenapa?
Sebab saya rasa nak tukar..hehe..lebih ke arah mood untuk berkraf kalau nak dibandingkan dengan Kinkiut Side..nama kinkiut tu sebenarnya dapat dari masa sekolah, nama gedik2 gitu..tapi bila fikir balik, macam tak sesuai.sebab tu saya ambil keputusan nak tukar..
 
Tukar nama tak susah pun, cuma payahnya nak kena check balik link-link sebelum ni..kena betulkan balik semua..huhu..#malas
Harap lepas ni saya lebih rajin nak berkraf dan update blog.dah hujung tahun ni bila kerja kat ofis dah menimbun dan hujung minggu dipenuhi undangan kenduri, mood nak berkraf pun makin turun..tambahan lagi dengan kewujudan Namisya Hijab, memang makin busy nak layan customer.
 
Okay, malas nak tulis banyak sebab kerja ubahsuai lagi banyak menanti. kena check balik link dan buat banner baru..

dulu....

kini....

So, Kinkiut Side kini bertukar menjadi Craft Crumb!!
 dan saya pun dah daftarkan perniagaan ni melalui sistem e-lodgement SSM sempena promosi Rm50.00 untuk 5 tahun tu. jimat kan? proses pun mudah dan pantas :)
 
dan saya ingat nak adakan giveaway :)
tunggu ye!!


Wednesday, 28 November 2012

3 Sekawan Dengan Gitar Ajaib Untuk Sorakan Game Malaysia!

betul-betul dah lama since sy update tempahan felt craft. last update bulan may.patutlah banyak je gambar kat pc..huhu..ok ni saya nak update semua gambar-gambar tempahan yang saya mampu upload :) dah tak ingat pun siapa punya tempahan, sori ye..hehe..
ok, saya mulakan dengan gambar Jersey Malaysia dan bola, sempena game Malaysia vs Laos malam ni..hehe
Jersey Malaysia!!!!

dan bola ajaib!!!
semoga beraksi dengan baik malam ni..

Okayy, seterusnya ialah penonton perlawanan bola, iaitu 3 sekawan doraemonss dan hello kitty..menonton bola sambil bermain gitar..hehe
tiga sekawan, oppss twin doraemon dan hello kitty :) bersama gitar ajaib yang dikeluarkan daripada poket doraemon!!

ok, merepek..daaa..sape berminat, email saya ye :)



Tuesday, 2 October 2012

Saya Yang Terukkk..Ehh?

Semalam before tidur, saya terpikir nak buat giveaway la sempena 1st year anniversary blog ni..
Saya rasa da dekat setahun blog ni..dalam masa yang same nak promote jugak blog saya yang lain dan blogshop Namisya Hijab saya..
pagi ni pegi ofis dengan girangnya, tengok-tengok rupenye....
 
ERK...first entry saya bertarikh 25 Julai 2011..
 
laaaa...da lepas berbulan2 dah ke rupenye......
teruknya saya..

KECEWA CAM NI..
pastu sy pk, ok la..buat giveaway sempena entry ke-100 ke..hahaa..
tengok-tengok dah entry yang ke-105..terlambat sikit laa

takpela..yang penting dalam masa terdekat ni saya akan buat giveaway..
tapi takde sempena pape la sebab semuanya da lepas..
besday pulak lambat lagi..hee..
hope korang join giveaway saya nanti ye!

Oh ye! dan supaya saya tak lupe lagi lenkali, so saya da letak daisypath ticker kt sebelah ni >>>
hee :)