Showing posts with label menceceh. Show all posts
Showing posts with label menceceh. Show all posts

Tuesday, 22 January 2013

Gadis Pengembala Biri-Biri, Sepasang Ladybug & Smurf~

Entry kali ni sempena tajuk gambar (sebab dah tak tau nak letak tajuk apa..huhu)

 
 
Tersebutlah kisah gadis berwarna merah, (bukan Red Riding Hood). Gadis ini merupakan pengembala biri-biri. Dia selalu bawa biri-biri kesayangan ini makan kat satu padang. 
 
Satu hari, gadis ini menjerit, "Tolong! Tolong! Biri-biri saya!!". Semua orang kampung berlari ke arah gadis. "Kenapa?",tanya orang kampung. "Tolong, biri-biri saya makan rumput", kata si gadis sambil mentertawakan orang kampung. Semua orang kampung marah dan balik.
 
Keesokan hari nya, gadis menjerit lagi, "Tolong! Tolong!". Beberapa orang kampung berlari ke arahnya. "Kenapa?", tanya orang kampung. "Takde pape", ujar gadis sambil ketawa lagi. Semua orang kampung marah dan rasa benci dengan gadis. " Jangan harap kitorang nak layan lagi lepas ni!", cakap mereka.
 
Tiba-tiba...si gadis ternampak 2 gergasi merah hitam.......

 
 
"Tolong! Tolong! Ladybug Gergasi!!", jerit gadis. Takde orang yang datang , sebab semua dah menyampah. Dua ekor Ladybug gergasi pun melahap biri-biri si gadis dengan rakus. Si gadis cuba berlari sambil mintak tolong sebab ladybug gergasi nak makan gadis pulak. Takde orang kampung yang nak tolong. Gadis berlari sambil jerit lagi meminta tolong.
 
Muncullah..........................
 
Encik Smurf yang hensem datang menyelamatkan gadis. Dua ekor ladybug gergasi berjaya dibunuh oleh Encik Smurf yang kecik. Yeay.
-The End-
 
*Kisah rekaan semata-mata. Sori tiada hepi ending seperti akhirnya mereka kahwin dan hidup bahagia. Sebab mereka masing-masing tidak mahu anak yang berwarna ungu. Sekian.


Wednesday, 16 January 2013

Item Baru Dalam Kedai ~

Salam semua..
Berkenaan dengan tajuk kat atas, saya baru update item baru masuk kedai..yeay!
Sebenarnya item ni dah lama ada, tapi baru nak upload..teruk kan..hehe
Ok, taknak tulis banyak, jom tengok item baru tu....
 

Keychain sebesar 10 sen
 
Mata bulat 8mm
 
Penyangkut handphone
 
Butang bulat colorful 4 lubang
 
Ni la 4 item baru dalam kedai..nak tau detail dan harga, boleh klik katalog produk kat sebelah ni -->
atau pergi terus ke Craft Crumb Shop :)
 
Sambil upload item baru tadi, saya jalan-jalan tengok post-post lama, baru sedar dah macam-macam watermark saya guna. Untuk pengetahuan korang, mungkin ada yang pelik kenapa ada 3 nama watermark - Kinkiut Side, Me Krafmode dan Craft Crumb ni..so saya explain ye, mula-mula dulu saya guna nama Kinkiut Side..agak lama jugak..pastu saya terfikir nak register perniagaan. So, saya nak ubah nama. Then terwujud lah Me Krafmode sekejap. Bila saya fikir-fikir balik, nak tukar jadi Craft Crumb..hehe
 
Jadi, saya pun dah daftar under nama Craft Crumb. Lepas ni takde tukar-tukar nama dah ^__^
 
 


Wednesday, 2 January 2013

Selamat Tahun 2013 !!

 
Walaupun hari ni dah hari kedua untuk tahun 2013, tapi masih kira tahun baru lagi kan..
Semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya :)
 
dari bulan lepas plan nak buat GA, tapi masih belum dapat buat lagi :(
korang tunggu, nanti saya update ye


Thursday, 20 December 2012

Here It Comes..Craft Crumb :)

Hari ni saya buat keputusan nak tukar nama blog.. Kenapa?
Sebab saya rasa nak tukar..hehe..lebih ke arah mood untuk berkraf kalau nak dibandingkan dengan Kinkiut Side..nama kinkiut tu sebenarnya dapat dari masa sekolah, nama gedik2 gitu..tapi bila fikir balik, macam tak sesuai.sebab tu saya ambil keputusan nak tukar..
 
Tukar nama tak susah pun, cuma payahnya nak kena check balik link-link sebelum ni..kena betulkan balik semua..huhu..#malas
Harap lepas ni saya lebih rajin nak berkraf dan update blog.dah hujung tahun ni bila kerja kat ofis dah menimbun dan hujung minggu dipenuhi undangan kenduri, mood nak berkraf pun makin turun..tambahan lagi dengan kewujudan Namisya Hijab, memang makin busy nak layan customer.
 
Okay, malas nak tulis banyak sebab kerja ubahsuai lagi banyak menanti. kena check balik link dan buat banner baru..

dulu....

kini....

So, Kinkiut Side kini bertukar menjadi Craft Crumb!!
 dan saya pun dah daftarkan perniagaan ni melalui sistem e-lodgement SSM sempena promosi Rm50.00 untuk 5 tahun tu. jimat kan? proses pun mudah dan pantas :)
 
dan saya ingat nak adakan giveaway :)
tunggu ye!!