Showing posts with label keychain. Show all posts
Showing posts with label keychain. Show all posts

Friday, 1 March 2013

I'm Loving It~

Tak reti dah nak bagi tajuk..ni tempahan yang dah disiapkan bulan lepas..yup, bulan lepas tapi baru upload..huhu..
Dimulakan dengan miniature keychain, burger, air cap M dan fries cap M..hoho
I'm Loving It~
 
Burger, air dan kentang cap M, memang enak dimakan bersama kura-kura biru leher panjang berkaki 4..eh?? (memang kura-kura kaki 4 kannn..)

Burger, air dan kentang cap M, memang enak dimakan bersama kura-kura biru leher panjang berkaki 4..dihiasi dengan pelangi indah yang muncul semasa hujan gerimis ^_^

 
Burger, air dan kentang cap M, memang enak dimakan bersama kura-kura biru leher panjang berkaki 4..dihiasi dengan pelangi indah yang muncul semasa hujan gerimis, sedang langit dihiasi 5 bintang..eh boleh ke pelangi dan bintang muncul sama waktu??huhu
 

Sedikit info,
Buat masa ni, tempahan masih lagi ditutup sebab banyak pending order..Perlukan mood dan kerajinan untuk buat..hehe

Saturday, 9 February 2013

Felt Keychain & Hp Charm Lagi~

Malas nak fikir tajuk sebenarnya..hehe..
Tak terase nak merepek pulak. Ofis pun hari ni sunyi je. Ramai dah cuti sempena Chinese New Year.
So, Happy Chinese New Year!! (yeay, cuti!!!!)
 
Ok, harini korang tengok gambar jela ye..keychain ni semua dah lama buat, da bagi dekat owner pun..cuma baru nak upload gambar ^_^
 
Geng Kembar Pooh bersama Mickey Mouse & Ultraman
 
Keychain bentuk rumah dan ............. (teka la sendiri..hehe)
 
Ni semua penyangkut handphone..
Ada rama-rama, strawberi comel, jersi MU dan pensel
 
Keychain Smurf, Upin, Bear dan Kura-kura
 
Bila tengok-tengok balik kan, rasa cam peliknya rupa Upin ni. Saya memang fail sungguh kalau buat keychain rupa orang T_T
 


Wednesday, 23 January 2013

One Happy Family At Home (or Zoo??) ~

Keluarga bahagia ^__^
Saya kumpulkan semua binatang ni selonggok. Bayangkan mereka gembira dalam zoo..hoho..
Ditempah oleh seseorang, ada nama kat belakang keychain ni..
Terhasillah kucing Garfield, Siput, Kura-kura, Singa, Rama-rama, Ladybug, Panda, Biri-biri, Ikan, Pepatung dan Arnab..Masing-masing tentu dah bahagia dengan tuan mereka sebab keychain ni dah siap sangat lama, iaitu Jun 2012..(lambat upload sebab busy la konon..hehe)
 

 
Dan tak dilupakan, Giant Bear..tapi Giant Bear ni tak ganas, walaupun giant, tapi takkan makan dorang yang bahagia kat atas ni..
Saya pun tak ingat Giant Bear ni besar mana, rasanya takdela gergasi sangat, mungkin sejengkal kot tingginya..lupa nak ukur brape cm..

 
 


Tuesday, 22 January 2013

Gadis Pengembala Biri-Biri, Sepasang Ladybug & Smurf~

Entry kali ni sempena tajuk gambar (sebab dah tak tau nak letak tajuk apa..huhu)

 
 
Tersebutlah kisah gadis berwarna merah, (bukan Red Riding Hood). Gadis ini merupakan pengembala biri-biri. Dia selalu bawa biri-biri kesayangan ini makan kat satu padang. 
 
Satu hari, gadis ini menjerit, "Tolong! Tolong! Biri-biri saya!!". Semua orang kampung berlari ke arah gadis. "Kenapa?",tanya orang kampung. "Tolong, biri-biri saya makan rumput", kata si gadis sambil mentertawakan orang kampung. Semua orang kampung marah dan balik.
 
Keesokan hari nya, gadis menjerit lagi, "Tolong! Tolong!". Beberapa orang kampung berlari ke arahnya. "Kenapa?", tanya orang kampung. "Takde pape", ujar gadis sambil ketawa lagi. Semua orang kampung marah dan rasa benci dengan gadis. " Jangan harap kitorang nak layan lagi lepas ni!", cakap mereka.
 
Tiba-tiba...si gadis ternampak 2 gergasi merah hitam.......

 
 
"Tolong! Tolong! Ladybug Gergasi!!", jerit gadis. Takde orang yang datang , sebab semua dah menyampah. Dua ekor Ladybug gergasi pun melahap biri-biri si gadis dengan rakus. Si gadis cuba berlari sambil mintak tolong sebab ladybug gergasi nak makan gadis pulak. Takde orang kampung yang nak tolong. Gadis berlari sambil jerit lagi meminta tolong.
 
Muncullah..........................
 
Encik Smurf yang hensem datang menyelamatkan gadis. Dua ekor ladybug gergasi berjaya dibunuh oleh Encik Smurf yang kecik. Yeay.
-The End-
 
*Kisah rekaan semata-mata. Sori tiada hepi ending seperti akhirnya mereka kahwin dan hidup bahagia. Sebab mereka masing-masing tidak mahu anak yang berwarna ungu. Sekian.


Monday, 21 January 2013

Gambar Yang Disimpan Lama ~

Bersesuaian dengan tajuk di atas...hehe..
Sebenarnya gambar ni dah lame, ada keychain dan bookmark. Dah lama sangat kot siap. Kalau ikut tarikh kamera masa ambil gambar ni, bulan Jun 2012. Bertangguh-tangguh nak upload. Ingat malas nak upload, tapi macam tak fair pulak kat tukang order.
So, inilah dia, setelah 6 bulan, baru upload.haha
 
 
Okai..
Ada 4 keychain, satu zombie yang dalam game Plant VS Zombie tu..satu keychain kucing hitam, satu keychain domo dan satu lagi keychain rumah tapi tulis nama sekolah.hehe..MITST tu nama sekolah Opie---Maahad Integrasi............................... okai tak ingat TST tu stand for apa, Tahfiz Sains Teknologi kot..hehe.tak ingat.SORI ^__^
Then ada penanda buku berbentuk buku hakmilik Najwa (",)
 
Eh pernah dengar tak orang cakap kucing hitam ada maksud?macam ada kaitan dengan ilmu hitam kot.sebab kucing witch semua kaler hitam.macam Sabrina Teenage Witch tu..huhu


Wednesday, 28 November 2012

3 Sekawan Dengan Gitar Ajaib Untuk Sorakan Game Malaysia!

betul-betul dah lama since sy update tempahan felt craft. last update bulan may.patutlah banyak je gambar kat pc..huhu..ok ni saya nak update semua gambar-gambar tempahan yang saya mampu upload :) dah tak ingat pun siapa punya tempahan, sori ye..hehe..
ok, saya mulakan dengan gambar Jersey Malaysia dan bola, sempena game Malaysia vs Laos malam ni..hehe
Jersey Malaysia!!!!

dan bola ajaib!!!
semoga beraksi dengan baik malam ni..

Okayy, seterusnya ialah penonton perlawanan bola, iaitu 3 sekawan doraemonss dan hello kitty..menonton bola sambil bermain gitar..hehe
tiga sekawan, oppss twin doraemon dan hello kitty :) bersama gitar ajaib yang dikeluarkan daripada poket doraemon!!

ok, merepek..daaa..sape berminat, email saya ye :)



Friday, 25 May 2012

Lurve Pillow + Butterfly Keychain~

wah dah lama rasenye tak update..
kebelakangan ni tak dapat buat banyak barang..
order da berderet..kesian orang kena tunggu..huhu~
okes just nak update tempahan yang baru siap..
before ni ada jugak, tapi tak sempat nak amek gambar..huhu..
ni bantal berbentuk hati dan keychain rama-rama, order dari Wahida..

sebenarnya macam terlebih gemok je love ni..hehe..
macam atas terlebih panjang dan badan terlebih lebar..
bila da siap gunting tampal semua baru perasan macam tak berape lawa..huhu~
#belajar dari pengalaman~

ni pulak keychain rama-rama
 
ni je yang mampu nak update kali ni..
daa~

Saturday, 28 April 2012

Sanah Helwah Amir!!

Quick Update..hehe


Keychain ni sebenarnya da siap lama..
rasa macam da publish pasal ni..bila check balik, rupenye belum..
ni keychain bentuk pillow, customer mintak tulis 'Sanah Helwah' di depan, dan 'Amir' di belakang..
sanah helwah tu selamat hari lahir rasanya dalam bahasa arab..(rasenye la..hehe)
agak besar jugak la keychain ni sebab tulisan tu besar..